e-FOLIO
MPU21032 PENGHAYATAN
DAN PERADABAN
Topik 8:Kesihatan Dan Perpaduan
Nama Pensyarah:
- MOHD FAIZAL BIN MAT PESA
Nama Ahli:
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
ISI KANDUNGAN
- Pengenalan
- Kepentingan
- Kesan
- Harapan
- Kesimpulan
Malaysia mempunyai variasi kaum yang hidup dalam komuniti yang aman dan harmoni.Kepelbagaian kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India yang hidup bagai aur dengan tebing menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik di rantau ini. Oleh itu,bagi memupuk perpaduan bagi masyarakat Malaysia,kesihatan dan kesejahteraan diri harus diperkukuhkan.Perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat penting bagi menjamin kesihatan dan hidup yang sihat.
Perpaduan merupakan aset negara yang amat penting dan merupakan tulang belakang kepada kemajuan negara.Perpaduan tidak akan dapat dikecapi tanpa usaha dan langkah yang diambil. Sehubungan dengan itu, semua pihak seharusnya mengorak langkah atau mencari jalan untuk mewujudkan perpaduan. Hal ini dikatakan demikian kerana perpaduan banyak kepentingan kepada negara.
KESIHATAN
Salah satu kepentingan menjaga kesihatan diri ialah kita dapat melakukan pelbagai jenis aktiviti yang kita suka tanpa sebarang halangan penyakit. Contohnya, kita dapat melakukan aktiviti lasak seperti mendaki bukit atau berolah raga dengan selesa. Dengan itu, aktiviti yang kita lakukan tidak terbatas dan kita dapat menikmati aktiviti yang kita lakukan.
KESAN TERHADAP KESIHATAN PERPADUAN ANTARA RAKYAT·
Sering kali kita dapati terdapatnya segolongan masyarakat yang tidak sanggup menggadai prinsip politik, ekonomi, keadilan dan prokemanusiaan demi kepentingan diri. Contohnya,sesetengah rakyat yang memberi kerjasama yang baik untuk mematuhi perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa berlakunya wabak virus jangkitan COVID-19. Sebagai contoh, rakyat lebih suka mengikut kehendak mereka untuk keluar sesuka hati dan tetapi perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan untuk mengambil berat tahap kesihatan orang lain. Hal ini diperkatakan demikian agar kita dapat mengurangkan bilangan kes COVID-19 tersebut melalui sentuhan dan jarak yang rapat apabila bertemu kawan atau sebagainya.
ASPEK SOSIAL
Memang tidak dapat disangkal bahawa komunikasi dua hala yang baik antara masyarakat berbilang kaum merupakan antara cabaran besar yang perlu dihadapi. Hal ini demikian kerana tanpa komunikasi yang baik di antara rakyat dan kesepakatan komunikasi dapat menjejaskan kejayaan sesuatu program kesihatan seperti Bulan Sukan Negara dilaksanakan.
Antara harapan yang ingin saya sampaikan ialah saya berharap perkara yang telah dibincangkan dalam blog ini dapat membuka ruang dan minda seseorang betapa pentingnya kesihatan dan perpaduan.Selain itu, kami semua berharap agar negara Malaysia terus aman dan tenteram seperti sekarang dan sehinggalah di masa akan datang.Seterusnya, saya berharap generasi anak muda pada hari ini akan menjadi suri teladan kepada generasi yang datang dengan menunjuk teladan dan etika yang sepatutnya.Akhir sekali, kami berharap agar perpaduan dan kesihatan kepada penduduk Malaysia pada hari ini akan sentiasa dalam keadaan baik. Hal ini kerana sekiranya berlaku persengketaan dapatlah ianya dielakkan untuk berlaku kali kedua.
Dalam setiap perbincangan ini, dapat kita lihat perkaitan antara kesihatan dan perpaduan. Kesihatan dan perpaduan saling melengkapi kerana dengan adanya perpaduan antara masyarakat, segala masalah dapat dihadapi bersama. Sebagai analoginya, kes covid-19 yang baru-baru ini merebak ke seluruh negara seperti cendawan tumbuh selepas hujan dapat diredakan di negara kita dengan kerjasama rakyat yang patuh akan arahan pemimpin. Mereka bekerjasama dalam mengikut ‘SOP’ yang ditetapkan serta mengikut perintah kawalan pergerakan. Di sini kita dapat lihat kerjasama ini telah mewujudkan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia dan mampu mengelakkan kes semakin menular walaupun bukan pulih sepenuhnya.
RUJUKAN
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perpaduanhttp://tipsbijakkesihatan.blogspot.com/2011/07/definisi-kesihatan.html?m=1
https://haziqahhannis17.blogspot.com/?m=
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menjaga-kesihatan-diri.html
https://pepdmh1ak8.blogspot.com/2020/09/efolio-etika-dan-peradaban-kesihatan.html?m=1
http://online.anyflip.com/iifxg/cbkj/mobile/index.html
Perh isi padat penuh ilmu dapat dari blog ni
ReplyDeleteisi yang terbaik ,bole buat rujukan untuk orang awam terbaikk!!
ReplyDeletenice one and keep it up!!
ReplyDeleteAwak punye blog membuatkan saya rasa bersemangat untuk menjaga kesihatan dan memelihara perpaduan
ReplyDeleteSangat bermanfaat
ReplyDelete